LARUT, 13 Ogos — Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana penjawat awam yang melakukan kesalahan jenayah, termasuk penyalahgunaan dadah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata hukuman yang dikenakan termaktub dalam bidang perundangan negara serta bergantung kepada jenis-jenis kesalahan yang dilakukan mereka.

“Kita akan ambil tindakan kepada semua penjawat awam, sama ada mereka bekerja dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mereka yang berkhidmat dengan agensi di peringkat negeri atau Persekutuan.

“Sebagai contoh, kalau mereka didapati bersalah mengedar dadah, hukumannya sudah tentu amat berat manakala mereka yang didapati bersalah salah guna dadah, kita akan minta mereka ini dipulihkan dan pulang ke pangkal jalan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Program Komuniti Bebas Jenayah dan Dadah Bersama Menteri Dalam Negeri di Felda Ijok, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai program, katanya ia dilaksanakan bagi menyampaikan mesej pencegahan jenayah dan dadah, disamping memberi maklumat kepada orang ramai berhubung usaha dan inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan bagi menangani masalah terbabit.

“Objektif program adalah untuk menyampaikan mesej pencegahan jenayah dan dadah disamping menyediakan perkhidmatan agensi kerajaan khususnya dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk manfaat komuniti setempat. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here