KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Menara A YOO8 yang diseviskan oleh Kempinski (YOO8) Branded Residence di 8 Conlay, di sini, telah 60.31 peratus siap dengan kerja struktur siap 100 peratus dan kerja seni bina 85 peratus setakat 3 Ogos, 2022.

KSK Land dalam satu kenyataan hari ini berkata ia menjangkakan Menara A YOO8 siap sepenuhnya menjelang awal 2023 dan seterusnya Menara B YOO8 pada akhir tahun tersebut.

Ini seterusnya diikuti penyiapan podium runcit yang dijangkakan selesai dalam separuh pertama 2023 manakala 8 Conlay Kempinski Hotel dijangka siap dalam separuh pertama 2024. 

“KSK Land mendahului dengan ketelusan dalam kemajuan pembinaan menerusi penyelesaian berasaskan data dan teknologi hartanah canggih. 8 Conlay App unik KSK Land memperincikan kemajuan pembinaan sehingga aras unit, ciri-ciri yang pertama seumpamanya. Maklumat ini juga boleh didapatkan di discover.8conlay.com.

“Pemegang saham KSK Land terus komited kepada 8 Conlay. Kemajuan kukuh pembinaan YOO8 Branded Residences dan 8 Conlay App memberi rangsangan kepada pemegang saham KSK Land dan meningkatkan keyakinan pembeli 8 Conlay, “ kata syarikat itu.  

Unit pameran bagi Menara B YOO8 yang direka oleh Kelly Hoppen bagi YOO boleh dilihat di 8 Conlay Sales Gallery yang terletak di Bangunan KSK, Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur.

Bagi maklumat lanjut boleh layari discover.8conlay.com atau hubungi talian +603 2698 0788 untuk sesi tontonan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here