#BuletinBernama : Polis merampas 263.88 kilogram syabu bernilai kira-kira RM8.53 juta dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Segambut, Kuala Lumpur Sabtu lepas, sekali gus menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi warga tempatan. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata semua dadah itu ditemukan di dalam 226 bungkusan dan polis turut menahan seorang lelaki di pangsapuri berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here