KUCHING, 11 Okt — Jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 38 orang setelah 22 mangsa dari tiga kampung di daerah Subis dekat Miri berpindah semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya hari ini berkata empat mangsa daripada dua keluarga di Kampung Dagang Sepupok Niah kini berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah.

Seramai 18 mangsa lagi adalah daripada empat keluarga yang kini ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Bekenu setelah kediaman mereka di Kampung Jenggalas dan Kampung Dagang di Bekenu dinaiki air.

Sementara itu, 16 individu daripada tiga keluarga di Kapit yang menjadi kumpulan mangsa pertama dipindahkan dalam episod terbaru banjir di Sarawak ini masih lagi berlindung di PPS Asrama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Kapit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here