KUALA LUMPUR, 18 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kontraktor tempatan berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek pembangunan negara.

Justeru, Ismail Sabri menafikan pelbagai tuduhan kononnya peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM95 bilion dalam Bajet 2023 akan menguntungkan pihak tertentu sahaja.

“Kerajaan yang saya pimpin hari ini sentiasa mengutamakan pembangunan infrastruktur untuk dimanfaatkan oleh seluruh Keluarga Malaysia,” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan mesyuarat agung tahunan ke-43 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), di sini hari ini.

Pada 7 Okt lepas, kerajaan membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM272.3 bilion iaitu yang terbesar dalam sejarah negara yang memfokuskan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Bajet 2023 juga memperuntukkan sebanyak RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan iaitu yang tertinggi dalam sejarah merangkumi sebanyak 7,615 projek pembangunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here