TOKYO, 1 Nov — Tokyo dan Washigton mula membuat persiapan terakhir untuk pertemuan dua hala antara Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di luar sidang kemuncak G7 akan datang, lapor Sputnik memetik media Jepun.

Akhbar Jepun Sankei Shimbun pada Selasa melaporkan Tokyo mungkin mengatur pertemuan peribadi Kishida dengan pemimpin Korea Selatan dan China yang menyertai sidang kemuncak G20 yang berlangsung di Bali, Indonesia mulai 15 – 16 Nov.

Agenda pertemuan merangkumi krisis Ukraine, pembangunan China serta program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here