KUALA SELANGOR, 8 Nov — Calon-calon Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar diminta untuk turut menumpukan strategi kempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mereka melalui platform media sosial untuk menarik sokongan pengundi.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar yang membuat gesaan itu berkata para calon perlu menggunakan medium yang berbeza bagi mendekati pengundi dan masyarakat di kawasan kampung dan bandar berikutan tahap kepadatan penduduk yang berbeza. 

“Jadi saya minta calon-calon yang bertanding dalam kawasan bandar gunakan media sosial. Saya tidak nafikan penggunaan media sosial adalah lebih berkesan, tapi kita tetap akan pergi rumah ke rumah, namun kita tidak mampu pergi ke semua rumah di kawasan bandar yang mempunyai penduduk yang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian peranti komuniti di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Cherakah oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here