SEOUL, 14 Nov — Seorang lagi mangsa rempuhan Itaewon, Seoul disahkan meninggal dunia sekali gus menjadikan jumlah korban terkini mencecah 158, lapor agensi berita Yonhap.

Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat pada Isnin memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 20-an.

Setakat ini, seramai 132 warga Korea Selatan dan 26 warga asing terbunuh akibat kejadian rempuhan ketika sambutan perayaan Halloween di daerah Itaewon pada 29 Okt.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here