BEIJING, 15 Nov – Dokumentari China on a New Journey terbitan Kumpulan Media China (CMG) kini bersiaran menerusi saluran TV di pelbagai negara Asia termasuk Thailand, Kemboja, India, Laos, Turkiye dan Pakistan bermula Isnin.

Dokumentari itu telah dialih bahasa kepada pelbagai versi dan memberi pendedahan kepada penonton bersasar tentang kisah benar mengenai laluan unik ditempuhi China menuju arena pemodenan, selain kaedah pembangunan pesat negara itu.

Majlis pelancaran dokumentari berkenaan diserikan dengan kehadiran ketua stesen televisyen dan pengurus media arus perdana dari negara-negara berkenaan secara maya.

Presiden CMG Shen Haixiong berkata media umpama jambatan yang menghubungkan rakyat dari negara berbeza untuk mengenali satu sama lain.

“Kami (CMG) ingin bersama-sama dengan agensi media asing bagi menginovasi model kerjasama menerusi konotasi yang lebih mendalam membabitkan bidang lebih luas,” katanya.

Pada majlis itu, video bersiri Classics Quoted by Xi Jinping yang dialih bahasa ke bahasa Thailand dan  Indonesia turut dilancarkan secara serentak sempena lawatan Presiden itu ke dua negara berkenaan.

Diterbitkan bersama CMG dengan TVRI kendalian kerajaan Indonesia dan Nation TV milik Thailand, video enam episod itu menghimpunkan petikan karya klasik yang digunakan Xi menerusi ucapan atau artikelnya.

Video berkenaan turut memaparkan pemahaman mendalam beliau terhadap budaya tradisional dan kebijaksanaannya dalam mentadbir negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here