KUALA LUMPUR, 20 Nov — Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 2.52 pagi Ahad.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, menang di Bandar Tun Razak manakala Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook turut mempertahan Parlimen Seremban.  

Penyandang kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Setiausaha Agung PKR, pula gagal mempertahan kerusi itu dan situasi sama turut dihadapi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang kecundang di Kepala Batas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here