KUALA LUMPUR, 20 Nov —  Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menawan kerusi Parlimen Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan keputusan rasmi dikeluarkan pada 1.30 pagi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran yang mewakili Barisan Nasional (BN), masing-masing tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Selangor dan Parlimen Sungai Siput, Perak, seperti yang diumumkan pada 1.50 pagi.

Sebelum itu, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir juga gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun di Kedah manakala Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, mengalami nasib sama apabila tewas di Sepang, Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here