BEIJING, 20 Dis — Persahabatan antara China dan negara-negara Arab sudah lama terjalin dan semakin kukuh dari semasa ke semasa, kata Presiden China Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya sempena Festival Kesenian Arab kelima yang dirasmikan di Jingdezhen, provinsi Jiangxi China pada Isnin.

Beliau berkata bemula dari Jalan Sutara pada zaman kuno hingga pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), China dan negara-negara Arab saling berganding bahu dan telah melakar kecemerlangan dalam kerjasama serta interaksi dalam kalangan rakyat.

Justeru, Xi berharap China dan negara-negara Arab mengambil peluang daripada festival kesenian kali ini untuk melaksanakan hasil Sidang Kemuncak China-Arab pertama.

“Diharapkan kedua-dua pihak menyemarakkan lagi semangat Jalan Sutera, memperkukuh persahabatan tradisional, meningkatkan interaksi dalam kalangan rakyat supaya menyuntik momentum kepada peningkatan hubungan perkongsian strategik China-Arab, dan memberikan sumbangan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Arab pada era baharu,” kata beliau.

Festival itu yang membuka tirainya pada Isnin dianjurkan bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Kementerian Luar China, kerajaan provinsi Jiangxi dan Sekretariat Liga Arab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here