KUALA LUMPUR, 23 Dis — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap perpisahan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di Istana Negara.

Istana Negara menerusi catatan di Facebook rasmi menyatakan Mohd Reza mula berkhidmat pada 1 Mei 1981 akan menyerahkan tugas Panglima TLDM ke-17 kepada timbalannya Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob pada Januari ini. 

Dalam pertemuan itu, Al-Sultan Abdullah selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa serta khidmat bakti Mohd Reza kepada TLDM, negara dan keamanan sejagat.

“Mohd Reza telah berkhidmat 42 tahun bersama TLDM dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” menurut perkongsian itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here