KUALA LUMPUR, 15 Jan — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan klip video tular berdurasi 2 minit 27 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan dalam ritual keagamaan, bukan berasal dari Malaysia.

Semakan MCMC mendapati video berkenaan berasal dari luar negara yang ditularkan semula seolah-olah berlaku di Malaysia.

Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan berkenaan kerana dikhuatiri boleh menggambarkan konteks tidak tepat serta boleh digunakan individu atau pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan provokasi antara agama di Malaysia.

MCMC turut meminta orang ramai agar tidak menokok tambah kapsyen bersifat spekulatif dan provokatif, selain diminta untuk menyalurkan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

“Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa cakna, berhati-hati dan elakkan daripada memuat naik sebarang kandungan yang boleh menyentuh sensitiviti agama demi keharmonian dalam negara,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here