KUANTAN, 23 Jan — Lelaki yang dilaporkan dihanyutkan arus deras Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan di Kuala Lipis semalam, ditemukan lemas hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Haniff Harun, 47, ditemukan pada 11.20 pagi, tersangkut dalam sungai kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat. 

Haniff yang berasal dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu difahamkan menyertai aktiviti mendaki gunung itu bersama sembilan individu. 

Mereka yang dipandu arah masing-masing seorang malim gunung dan porter memulakan pendakian pada Jumaat lepas (20 Jan) melalui laluan masuk Merapoh dan dijadualkan turun pada Selasa. 

Bagaimanapun, kumpulan itu terpaksa berpatah semula ke Kuala Jeram semalam, akibat cuaca buruk dan kejadian didakwa berlaku semasa mereka menyeberangi sungai selebar kira-kira 20 meter. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here