PUTRAJAYA, 31 Jan — Semua pihak termasuk orang awam dan pihak swasta perlu memainkan peranan dalam menangani isu perubahan iklim, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Justeru, beliau memuji Program Adaptasi Iklim Semula Jadi Pulau Pinang (PNBCAP), suatu program untuk kawasan bandar di Pulau Pinang bertujuan menangani isu kepanasan melampau dan banjir serta pada masa sama meningkatkan ketahanan sosial dan kapasiti institusi.

“PNBCAP adalah satu konsep yang sangat baik dan boleh menjadi pengubah keadaan,” katanya semasa berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Program Petempatan Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Think City di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Penasihat Khas kepada Pengarah Eksekutif UN-Habitat Neil Khor and Pengarah Urusan Think City Hamdan Abdul Majeed.

Beliau berkata PNBCAP boleh menjadi model untuk dicontohi negeri lain di Malaysia. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here