JOHOR BAHRU, 3 Feb — Kementerian Perpaduan Negara telah menyenaraikan lebih 30 individu daripada pelbagai penganut agama dalam Jawatankuasa Keharmonian, sebagai usaha untuk menyampaikan mesej perpaduan dalam kalangan kaum dan penganut pelbagai agama di negara ini.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata jawatankuasa itu, akan menjadi platform bagi membincangkan, menilai dan memahami perbezaan dan persamaan antara satu sama lain, dalam memastikan perpaduan dalam kalangan kaum terus terpelihara.

“Kita senaraikan lebih 30 orang ahli jawatankuasa daripada semua agama di Malaysia, untuk datang dan berbincang, bersemuka melihat nilai-nilai agama satu sama lain, yang mana kita berbeza dan melihat bagaimana dapat bersama,” katanya selepas Majlis Perjumpaan dan Amanat Kementerian Perpaduan Negara di Auditorium Permata Sari, Jabatan Penyiaran Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kementerian untuk memastikan agenda perpaduan antara kaum di negara ini terus terpelihara.

Mengulas mengenai beberapa isu yang melibatkan kenyataan berbaur perkauman oleh beberapa individu baru-baru ini, Aaron berkata ia hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here