Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) tiba di Lapangan Terbang Andana pagi tadi dan dijangka bergerak ke Gaziantep sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan. Menurut Ketua misi SAR, Komander Mohd Khairul Jamil, ketika ini pasukan itu sedang mendapatkan maklumat daripada Pusat Pengurusan Bencana Turkiye untuk diatur gerak ke lokasi kejadian.