CHICAGO, 14 Feb – Tiga maut dan lima cedera dalam kejadian tembakan di kampus Michigan State University pada malam Isnin, lapor Xinhua.

Tembakan pertama dilepaskan di dalam dewan kampus universiti itu di bahagian utara pada 8:18 malam (0118 GMT) waktu tempatan, disusuli tembakan kedua di dewan berhampiran, kata jurucakap universiti Emily Guerrant dalam sidang media. 

Polis sedang memburu seorang suspek lelaki.

Sementara itu, pihak universiti telah meminta para pelajar untuk “menyelamatkan diri dengan segera.”

Hampir 30 trak bomba, ambulans dan kenderaan kecemasan lain telah dikerah ke lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here