HANOI, 14 Feb – Vietnam Airlines secara rasmi menyambung semula penerbangan Hanoi-Kuala Lumpur dengan kekerapan empat kali seminggu iaitu pada Isnin, Khamis, Jumaat dan Ahad.

Syarikat penerbangan itu turut melancarkan promosi tiket penerbangan bermula 4,644,000 VND (kira-kira US$197) untuk perjalanan pergi dan balik (termasuk cukai dan yuran), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Tiket ditawarkan mulai sekarang hingga 26 Mac 2023. 

Penumpang boleh membeli tiket berkenaan menerusi laman sesawang syarikat penerbangan, aplikasi mudah alih, pejabat tiket rasmi dan ejen Vietnam Airlines di seluruh negara.

Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan 11 penerbangan seminggu membabitkan laluan Ho Chi Minh City – Kuala Lumpur. 

Penerbangan dari Hanoi ke Kuala Lumpur akan mengukuhkan jalinan penerbangan antara Vietnam dan Malaysia.

Pada 2019 sebelum wabak COVID-19 melanda, Vietnam Airlines memberi perkhidmatan kepada lebih 220,000 penumpang antara Vietnam dan Malaysia.

Vietnam Airlines telah menyambung semula kebanyakan laluan antarabangsanya dengan lebih 600 penerbangan setiap minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here