Festival Taman Kuala Lumpur 2023 yang bakal berlangsung selama sembilan hari bermula 4 Mac ini diharap dapat memupuk kesedaran dan menyuntik semangat warga kota membantu menghijaukan ibu negara. Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, festival bertempat di Taman Tasik Titiwangsa itu akan mempamerkan pelbagai spesies bunga dan tumbuhan serta menampilkan pakar seni, landskap dan hortikultur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here