Dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersiap sedia untuk berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bagi menghantar bantuan kemanusiaan pada Sabtu. Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan Pasukan Peninjau Khas disertai 20 wakil dari pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan berlepas ke Syria pada Selasa untuk membina jaringan komunikasi dengan pihak berkuasa tempatan termasuk mengenal pasti laluan selamat misi penghantaran bantuan dari Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here