SEREMBAN, 17 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan 18 pendatang asing tanpa izin termasuk kanak-kanak berusia empat tahun yang cuba keluar dari negara ini secara haram, semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata kesemua 10 lelaki dan enam wanita termasuk dua kanak-kanak itu, ditahan pada 11 malam di PerairanTanjung Sepat, Selangor, selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Semua yang ditahan merupakan warga Indonesia berumur lingkungan empat hingga 47 tahun.

“Hasil maklumat risikan telah mengesan sekumpulan individu berada dalam keadaan curiga di paya bakau di Pantai Kanchong Laut, Tanjung Sepat.  Pasukan rondaan Op Murni/Op Khas Vector telah diatur gerak ke lokasi bagi memeriksa kawasan tersebut sekitar 10 malam. 

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati tiada sebarang pergerakan bot berada di sekitar kawasan tersebut, namun telah menjejaki beberapa individu disyaki warga asing berada di kawasan berpasir iaitu lebih kurang 0.4 batu nautika barat daya Pantai Kanchong Laut, Tanjung Sepat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya anggota operasi bertindak memerangkap kumpulan itu dan mengejar suspek yang cuba melarikan diri.

Mereka akan disiasat di bawah Akta Imigresen1959/63 kerana cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here