ANKARA, 17 Feb – Yayasan FIFA, sebuah entiti sosial di bawah badan induk bola sepak antarabangsa itu akan menderma AS$1 juta dalam bentuk “bantuan kemanusiaan kecemasan” kepada Turkiye dan Syria susulan gempa bumi yang melanda baru-baru ini yang telah meragut lebih 42,000 nyawa. 

Yayasan FIFA merupakan entiti bebas yang ditubuhkan pada 2018 bertujuan memberikan sokongan dan bantuan bagi pembinaan semula infrastruktur sukan yang rosak atau musnah.

“Bantuan itu akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan barangan keperluan yang penting serta menyediakan tempat perlindungan sementara,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan yayasan itu pada Khamis.

FIFA akan terus bekerjasama dengan persatuan bola sepak Turki dan Syria dan akan memantau perkembangan terkini serta memutuskan tindakan lanjut yang sewajarnya dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here