KOTA BHARU, 22 Feb – Malaysia terus menjadi antara rakan dagang utama China di ASEAN apabila nilai dagangan di antara kedua-dua negara itu berjumlah lebih US$200 bilion pada tahun lepas, kata Menteri di Kedutaan Besar China di Malaysia Tang Rui.

“Tahun lepas jumlah dagangan antara kedua-dua negara melebihi US$200 bilion.

“Ini sangat menggalakkan kerana Malaysia dengan populasi lebih daripada 30 juta (tetapi) jumlah perdagangan di antara China dan Malaysia lebih banyak daripada perdagangan China dengan beberapa negara besar yang lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Tang Rui berkata Malaysia akan terus menjadi antara rakan dagang China yang penting di ASEAN.

“China telah menjadi rakan dagangan terbesar dengan Malaysia dalam tempoh 14 tahun lepas.

“Tahun ini selepas China membuka semula sempadannya, saya perhatikan semakin banyak syarikat, perusahaan China akan datang ke Malaysia untuk mencari lebih banyak peluang, jadi anda boleh lihat jumlah perdagangan akan berkembang dengan pesat di antara China dan Malaysia.

“Saya berharap kita akan dapat meneruskan hubungan baik antara kedua-dua negara dan saya percaya jumlah dagangan akan meningkat lagi pada masa hadapan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here