BEIJING, 27 Feb – China buat julung kalinya mengadakan pameran mengenai pencapaian projek penerokaan angkasa lepas bermanusia yang diusahakan negara ini sejak 30 tahun.

Pameran yang mengetengahkan perkembangan dan pencapaian projek angkasa lepas bermanusia itu membuka tirainya baru-baru ini kepada khalayak ramai.

Antara yang dipamerkan termasuk model peralatan seperti kapal angkasa membawa angkasawan terkini dan peralatan pendarat.

Turut dipamerkan adalah model teras Tianhe berskala 1:1 yang boleh dikunjungi, model kombinasi stesen angkasa lepas dengan skala 1:4, model roket pembawa Long March, kapsul pengembalian Shenzhou-13 dan lain-lain.

Beberapa sesi untuk memberi pendedahan lebih lanjut mengenai sains angkasa lepas juga akan diadakan di Muzium Negara dalam tempoh pameran itu. 

Pakar dalam bidang aeroangkasa akan memberikan ceramah tentang perkembangan dan pencapaian projek angkasa lepas China dalam tempoh tiga dekad lalu.

Selain itu, angkawasa turut akan diundang untuk berkongsi pengalaman melatih dan bertugas di ruangan angkasa.

Projek angkasa lepas bermanusia China ditubuh pada tahun 1992 dan stesen angkasa China berjaya disiapkan pada 2022.

Kini, China telah masuk ke fasa penggunaan dan pembangunan stesen angkasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here