MOGADISHU, 4 Mac – Kesatuan Eropah meluluskan €110 juta (kira-kira AS$116.6 juta) untuk membantu usaha menstabilkan keadaan di Somalia serta memerangi pengganas al-Shabab di seluruh negara, lapor Xinhua.

EU berkata pihaknya akan menambah sebanyak AS$90 juta kepada sumber yang telah digerakkan untuk Misi Peralihan Kesatuan Afrika di Somalia (ATMIS) 2023 dan AS$26.6 juta untuk Tentera Kebangsaan Somalia (SNA).

“Kedua-dua langkah itu bertujuan untuk menyumbang kepada penyerahan tanggungjawab keselamatan daripada ATMIS kepada SNA bagi memenuhi mandatnya sambil mengukuhkan kapasiti,” menurut EU dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Bantuan dan sokongan yang dipersetujui kebanyakannya akan digunakan untuk elaun tentera Afrika yang dikerahkan di Somalia manakala dana bagi SNA pula menumpukan kepada penyediaan peralatan dan kerja-kerja infrastruktur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here