TEHRAN, 6 Mac – Iran menjatuhkan hukuman mati kepada enam orang yang didapati bersalah terbabit dalam serangan pengganas di Khouzestan.
Keenam-enam mereka terlibat dalam operasi pengganas bersenjata di Khouzestan sepanjang 2017 dan 2018.
Kesemua mereka adalah ahli kumpulan pengganas Harakat al-Nezal dan telah menerima arahan daripada ketua kumpulan itu di Eropah, lapor IRNA.