PETALING JAYA, 10 Mac – Siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa individu berhubung program Jana Wibawa merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperolehi agensi ini.

SPRM menegaskan kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.

Proses siasatan tersebut adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak.

“Tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM tersebut atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejas imej Suruhanjaya ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here