KUALA LUMPUR, 11 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan sekali lagi dituduh di mahkamah minggu depan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah berikutan siasatan berkait kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara itu semalam.

Mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Kelmarin, sejurus dibebaskan SPRM daripada tahanan selepas diambil keterangan, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, mengesahkan beliau akan berdepan tujuh pertuduhan di mahkamah.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan meliputi empat menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here