TEHRAN, 12 Mac – Kementerian Dalam Negeri Iran pada Sabtu mengumumkan bahawa lebih 100 orang ditahan di 11 wilayah berhubung insiden keracunan membabitkan pelajar sekolah baru-baru ini.

Beberapa tahanan dikatakan menggunakan bahan beracun sebagai perbuatan “nakal” untuk ponteng  dan pihak berkuasa telah memberi amaran kepada mereka.

Difahamkan, beberapa lagi tahanan lain pula didapati cuba menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai dan pelajar.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Lebih 700 pelajar di lebih 30 sekolah di seluruh Iran menjadi mangsa kes keracunan misteri sejak 30 Nov 2022 selepas kes pertama dilaporkan di wilayah Qom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here