KUALA LUMPUR, 13 Mac – Sumbangan Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kepada industri automotif tempatan membolehkan kedua-dua syarikat masih diberi layanan sebagai pengeluar kereta nasional.

Walau bagaimanapun, kedua-dua syarikat kereta tersebut harus memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dipatuhi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong.

“Dengan adanya kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah NAP 2020, mana-mana syarikat selain Proton dan Perodua yang dapat memenuhi kriteria-kriteria itu juga layak dipertimbangkan untuk diberi layanan sebagai Projek Kereta Nasional,” katanya.

Sehubungan itu, MITI akan sentiasa memantau pematuhan Proton dan Perodua ke atas kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan bersedia untuk mengemaskini dasar dari masa ke semasa seiringh dengan perkembangan industri automotif global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here