KUALA LUMPUR, 14 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) mesti diteruskan kerana pendakwaan peringkat awal sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia melibatkan skandal berskala besar dan ketirisan.

Beliau berkata pendakwaan sebelum ini juga tidak bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat dalam isu perolehan LCS tersebut.

“Arahan saya, siasatan mesti diteruskan termasuk LCS kerana saya rasa tindakan sebelum ini tidak cukup untuk membongkar dan bertindak terhadap orang utama yang dikatakan terlibat dalam kes ini… jadi biar siasatan diteruskan,” kata beliau.

Anwar berkata perkara itu telah disampaikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk tindakan lanjut dan badan berkenaan memaklumkan akan ada pendakwaan peringkat kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here