WASHINGTON, 14 Mac – Pemimpin Republikan Amerika Syarikat (AS), Mitch McConnell dibenar keluar dari hospital pada Isnin selepas menjalani rawatan akibat gegaran di otak.

“Pemulihan McConnell berjalan dengan baik.

“Atas nasihat doktor, langkah seterusnya ialah menjalani terapi fizikal di kemudahan pemulihan sebelum beliau pulang ke rumah,” kata pengarah komunikasinya David Popp.

McConnell, 81, tersandung ketika majlis makan malam minggu lalu dan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan di kepala.

Pasukan perubatan McConnell mendapati pemimpin Republikan itu juga mengalami patah tulang rusuk akibat insiden itu.

McConnell, kini sedang berkhidmat sebagai senator AS untuk penggal ketujuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here