PUTRAJAYA, 14 Mac – Pendirian Malaysia mengenai perkongsian keselamatan tiga negara yang dikenali AUKUS tidak berubah dan meminta semua pihak menghormati pendirian serta pendekatan Malaysia terhadap kapal selam berkuasa nuklear yang beroperasi di perairan negaranya.

Ia termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Deklarasi ASEAN mengenai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN).

Difahamkan, Malaysia menekankan kepentingan menggalakkan ketelusan dan membina keyakinan dalam kalangan semua negara serta mengelak sebarang provokasi yang berpotensi mencetuskan perlumbaan senjata nuklear atau menjejaskan keamanan dan keselamatan di wilayah ini.

AUKUS dipertingkatkan antara Australia, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) pada Isnin oleh Presiden AS Joe Biden, dan perdana menteri UK dan Australia – Rishi Sunak dan Anthony Albanese.

Butiran baharu mengenai AUKUS muncul pada Isnin menerusi pengumuman Australia menjadi negara pertama untuk membeli tiga kapal selam Virginia buatan Amerika pada awal 2030-an, dengan AS dan UK menempatkan beberapa kapal selam berkuasa nuklear di pangkalan RAN di Perth, Australia Barat mulai 2027.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here