BENGALURU, 21 Mac – Amazon.com Inc mengumumkan akan mengurangkan 9,000 lagi pekerja, menambah kepada gelombang pemberhentian yang melanda sektor teknologi apabila ketidaktentuan ekonomi mendesak syarikat-syarikat untuk menjadi lebih kecil.

Dalam satu perubahan mendadak bagi syarikat yang sekian lama dianggap mewujudkan pekerjaan, Amazon akan mengurangkan 27,000 jawatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, atau sembilan peratus daripada kira-kira 300,000 tenaga kerja korporat.

Pengurangan terkini itu tertumpu kepada jabatan awan dan pengiklanan Amazon yang begitu menguntungkan, satu ketika dilihat sebagai amat kukuh sehinggalah kebimbangan terhadap ekonomi menyebabkan pelanggan perniagaan terpaksa meneliti perbelanjaan mereka.

Pemberhentian itu akan turut menjejaskan unit penstriman Amazon, Twitch.

Dan Clancy, yang dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitch minggu lalu berkata, platform itu akan membuat kira-kira 400 pekerja.

Amazon menyasar untuk memuktamadkan senarai yang akan diberhentikan dalam pusingan baharu pembuangan pekerja menjelang April ini.

Keputusan itu menyusuli berita pemberhentian pekerja yang hampir berterusan dalam sektor teknologi, menyaksikan beberapa syarikat paling bernilai di dunia, antaranya Microsoft Corp dan Alphabet Inc, memutuskan hubungan dengan sejumlah besar pekerja yang sebelum ini diambil secara besar-besaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here