NEW DELHI, 24 Mac – Pelbagai agensi berita di India melaporkan bahawa pendakwah Islam, Dr Zakir Naik, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa India mungkin ditahan di Oman dan dihantar pulang ke negara itu.

Difahamkan, pihak berkuasa Oman sudah diminta menahan Zakir ketika melawat Oman hari ini bagi menyampaikan ceramah agama.

Kedutaan India di Oman kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menahan dan menghantar pulang Zakir mengikut undang-undang tempatan.

Kedutaan India mungkin menghantar pasukan undang-undang untuk tindakan susulan selepas penahanan itu.

Menurut laporan, pihak berkuasa tempatan mungkin mewajibkan perintah penahanan.

Terdapat kemungkinan besar pegawai Oman boleh menahan pendakwah kontroversi itu ketika ketibaannya dan seterusnya menyerahkannya kepada pihak berkuasa India.

Menurut laporan, Kementerian Luar Negeri (MEA) juga membangkitkan isu itu dengan Duta Besar Oman.

Naik menerima jemputan untuk menyampaikan dua khutbah agama di negara itu bertajuk ‘Al-Quran Keperluan Global’ dan ‘Nabi Muhammad Pembawa Rahmat Kepada Manusia’.

Kuliah pertamanya ditetapkan hari ini, hari pertama Ramadan dan kuliah kedua akan diadakan pada 25 Mac di Universiti Sultan Qaboos.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pendakwah Islam itu akan meneruskan kedatangannya memandangkan berita kemungkinan penahanannya sudah disiarkan oleh media India.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here