Kerajaan akan meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) bagi memperuntukkan pendengaran khas sebagai satu lagi mekanisma iaitu keterangan saksi kanak-kanak boleh diambil dalam bentuk rakaman video supaya mereka tidak perlu menghadiri perbicaraan.

Pindaan itu akan memperuntukkan pemberian kuasa kepada mahkamah untuk melarang soalan yang tidak wajar diajukan bagi memastikan seseorang saksi kanak-kanak itu dapat memberikan keterangan dengan lebih tenang, lancar dan selesa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here