Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja itu atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Perdana Menteri menyifatkan Kemboja di bawah pimpinan Hun Sen sebagai ‘cemerlang’ dalam memberikan sokongan penuh dan kerjasama bagi menyelesaikan isu penipuan pekerjaan.