KUALA LUMPUR, 5 April – Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan mekanisme ‘two tier pricing‘ (harga dua peringkat) untuk mengawal harga minyak masak di pasaran bagi kegunaan domestik. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh berkata  kementerian ketika ini dalam proses rundingan dengan mengadakan libat urus bersama pemain industri berkenaan sebelum cadangan itu dibawa ke peringkat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL). 

“Kegunaan (minyak masak) domestik ini hanya  enam peratus sahaja dari pengeluaran minyak masak kita, selebihnya dieksport. Oleh itu, kita sudah pun membawa satu kertas yang belum diluluskan lagi untuk mengadakan ‘two tier pricing‘.

“Maksudnya untuk harga domestik lain dan harga eksport lain. Kita tidak boleh guna harga eksport untuk kita jual harga domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang mencadangkan kerajaan mengadakan perbincangan dengan pembekal minyak masak berkaitan harga barangan komoditi itu yang kini ditentukan berdasarkan harga pasaran eksport. 

Sementara itu, mengulas mengenai  inisiatif Jualan Rahmah setakat 30 Mac, katanya inisiatif berkenaan telah merekodkan jualan kasar sebanyak RM54 juta membabitkan 3,223 lokasi di 118 Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here