BEIJING, 8 April — Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan secara tidak rasmi dengan rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron di Pine Garden, wilayah Guangdong, petang Jumaat.

Xi menceritakan lebih lanjut tentang ciri penting dan elemen teras modenisasi ala China, sambil menegaskan pemodenan bercirikan China sedang dimajukan secara menyeluruh.

Menurut beliau, ia merupakan teori dan praktik pemodenan sosialis menonjolkan ciri-ciri China, yang diwujudkan secara beransur-ansur menerusi pembaharuan dan keterbukaan berulang serta pembangunan inovatif.

“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap pembangunan masa depan China.

“Kami mengalu-alukan Perancis terus mengambil bahagian secara aktif dalam Pameran Import dan Eksport China, Ekspo Import Antarabangsa China dan Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan bagi memperluas dan meneroka pasaran China,” Xi memberitahu Macron.

Dalam pada itu, Macron berkata Perancis menghargai sokongan konsisten China kepada Perancis dan Eropah untuk berstatus bebas dan bersatu padu.

Beliau turut meluahkan hasrat tentang kesediaannya untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam perindustrian teknologi, membuka pasaran antara satu sama lain serta memperkasa kolaborasi membabitkan kecerdasan buatan (AI) demi mencapai pembangunan dan kemakmuran masing-masing.

Melalui pertemuan itu, dua negara senada dalam usaha untuk terus mengekalkan komunikasi strategik yang rapat satu sama lain.

Kedua-dua pihak dilaporkan mengeluarkan kenyataan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here