SHAH ALAM, 10 April – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini untuk hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri.

Beliau berharap masyarakat di negara ini tidak mudah percaya atau termakan dengan sebarang sebaran yang dibuat di media sosial mengenai tarikh itu. 

“Pengumuman kita yang terpakai hanya yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja… jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp… kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu…

“ …yang penting, rujuk yang rasmi, tak pasti, jangan kongsi, itu peringatan saya kepada semua,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here