KUCHING, 10 April – Kerajaan dalam usaha merangka beberapa strategi untuk memperkukuh keterjaminan makanan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata pihaknya serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang diterajui Datuk Seri Mohamad Sabu, bertanggungjawab di peringkat teknikal bagi menilai serta memberi input berkaitan isu pertanian sebelum ia dibentang di peringkat Kabinet. 

“Kita akan melihat kepada keseluruhan rantai nilai… maknanya kita kena melihat kepada kualiti benih dan input pertanian, baja, baka, makanan haiwan dan sebagainya… dari situ juga, kita akan selaras dengan semua kementerian termasuk kementerian saya kerana ia juga melibatkan sektor perladangan,” katanya.

Beliau berkata strategi keterjaminan makanan secara keseluruhannya akan memberi penyelesaian kepada teknologi yang sesuai dalam memastikan Malaysia mempunyai bekalan mencukupi dan mampu dimiliki rakyat. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here