ALOR GAJAH, 10 April – Melaka akan mewartakan cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia sebagai cuti kelepasan am di negeri itu yang akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata cuti umum selama sehari itu telah diluluskan kerajaan negeri dan akan berkuat kuasa pada tahun hadapan sempena memperingati hari pengisytiharan kemerdekaan negara yang berlaku di Bandar Hilir di negeri ini.

“Cuti (umum) sedia ada kita pindahkan pada cuti umum Hari Pengisytiharaan Kemerdekaan Malaysia… cuti sedia ada di Melaka tidak ditambah dan tidak dikurangkan.

“Tarikh cuti umum berkenaan saya akan beritahu kemudian selepas saya dapatkan tarikh tepat dan betul untuk dirujuk sebagai hari berkenaan daripada Arkib Negara,” katanya.

Ab Rauf berkata cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia diwartakan bagi mengingatkan generasi muda mengenai tarikh dan sejarah penting negara ini khususnya berkaitan kemerdekaan daripada penjajahan British.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here