Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berharap penangguhan pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) memberi ruang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendengar keluh kesah rakyat dan memberi maklum balas terhadap sebarang input yang diberikan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata perkara itu penting bagi memastikan perancangan dasar Kuala Lumpur itu mengambil kira suara pelbagai pihak termasuk persatuan penduduk di kawasan bandar raya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here