YIWU, 11 April – Pesta Perkakasan & Peralatan Elektrik Antarabangsa Yiwu, China yang ke-7 dijangka akan diadakan pada 20-22 April 2023, di Pusat Ekspo Antarabangsa Yiwu. Mengetengahkan empat bidang utama, iaitu alat perkakasan, perkakasan pembinaan, peralatan elektronik & elektrik dan kelengkapan perlindungan diri, pesta itu merupakan platform terbaik bagi memenuhi keperluan pasaran perkakasan global.

Acara ini menyasarkan kedua-dua pasaran, iaitu domestik dan antarabangsa, dengan menawarkan platform luar biasa untuk syarikat mempamerkan produk masing-masing, memperkenalkan keluaran baharu dan mendapatkan pesanan. Bersama lebih 1,500 syarikat yang menyertai, 1,500 kategori produk dan lebih daripada 60,000 pengunjung profesional dijangkakan hadir, pesta ini akan menyaksikan pameran pelbagai produk perkakasan.

Pada tahun ini, pesta tersebut akan terus menganjurkan pameran dalam talian sambil menjemput pembeli luar negara dengan meluas untuk menyertai secara fizikal. Pasukan penstriman langsung profesional akan disediakan bagi membuat jualan secara langsung untuk peserta pameran terpilih, dengan itu menarik lebih ramai pembeli yang berminat mengunjungi dan membeli di pesta luar talian. Antara syarikat yang menyertai ialah Pujiang Jinlei Co., Ltd., pengeluar kunci mangga, kunci pintu dan aksesori berkaitan peringkat pertengahan sehingga mewah; Zhencheng Machinery Co., Ltd., organisasi perusahaan terkemuka dalam industri pengikat; dan Littleant Diamond Tool Co., Ltd., pembekal pelbagai model bilah gergaji bulat berlian dan cakera fleksibel berlian.

Aktiviti sampingan yang akan diadakan termasuk Majlis Anugerah Peserta Pameran Paling Popular, Mesyuarat Rundingan Pembelian dan Perdagangan Rentas Sempadan, dagangan secara langsung dan Sidang Kemuncak Perdagangan Dua Hala China-India. Aktiviti ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada syarikat yang menyertai untuk mewujudkan kerjasama baharu dan mempromosikan perniagaan masing-masing.

Bagi menambah baik pengalaman pembeli dan meningkatkan tarikan pelanggan, acara itu akan mewujudkan Komuniti Pembeli buat kali pertama, dengan matlamat untuk memberikan respons yang pantas kepada pelbagai permintaan pembeli. Komuniti ini akan menyediakan perkhidmatan perundingan dan pertanyaan mengenai produk, serta menganjurkan aktiviti secara kerap bagi meningkatkan interaksi dengan pembeli profesional dan menambah baik kecekapan pemadanan dagangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here