BEIJING, 14 April — Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva mengadakan pertemuan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada petang Jumaat.

Xi menyatakan bahawa China bersedia bersama Brazil meneroka masa depan hubungan bilateral pada era baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara sekali gus memainkan peranan penting yang aktif dalam mewujudkan kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Xi menekankan bahawa tahun ini ulang tahun ke-30 perkongsian strategik China-Brazil dan kedua-dua pihak akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun depan. China sedang mendorong pembangunan bermutu tinggi dan peningkatan tahap keterbukaan serta mendorong kebangkitan nusa dan bangsa secara komprehensif melalui modeniasi ala China, dan dipercapayi akan menyediakan lebih banyak peluang kepada pelbagai negara termasuk Brazil. Kedua-dua pihak diharap mengintensifkan kerjasama substantif, meneroka potensi kerjasama dalam bidang pertanian, sumber tenaga, infrastruktur, aeroangkasa, penerbangan dan inovasi sains dan teknologi di samping merancakkan kerjasama dalam bidang ekonomi hijau, ekonomi digital dan tenaga bersih. China mengalu-alukan lebih banyak produk bermutu buatan Brazil dibawa masuk pasaran China, dan juga bersedia berbindang dengan Brazil untuk meningkatkan penyelarasan sepanjang pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China dan strategi “pengindustrian semula” anjuran Brazil.

Xi menyatakan bahawa China menyokong teguh negara Amerika Latin dan Caribbean untuk mendorong integrasi serta memainkan peranan lebih penting dalam urusan antarabangsa, bersedia bersama Brazil mengendalikan Forum China-Amerika Latin dengan baik, dan mendorong kerjasama kedua-dua pihak meningkat ke tahap baharu dan mewujudkan pembangunan bersama. Sementara itu, China juga mahu meningkatkan kerjasama dengan Pasaran Bersama Selatan dan Kesatuan Negara-negara Amerika Selatan, dan bersama Brazil meningkatkan koordinasi strategik dalam isu bersifat sejagat yang menjadi tumpuan sama dalam rangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), BRICS dan Kumpulan 20.

Dalam pertemuan itu, Lula yakin merancakkan kerjasama dengan China berfaedah bagi pelaksanaan dasarnya “pengindustrian semula” dan membasmikan kemiskinan agar membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Kedua-dua pemimpin ini telah bertukar-tukar pendapat mengenai krisis Ukraine dan bersepakat bahawa dialog dan rundingan merupakan satu-satunya penyelesaian, dan semua usaha yang berfaedah bagi penyelesaian secara damai perlu digalakkan dan disokong. Mereka juga menyeru lebih banyak negara agar memainkan peranan bersifat konstruktif dalam mendorong penyelesaian secara politik dan berjanji akan mengekalkan komuniksi berkenaan.  

Selepas pertemuan itu, Pengumuman Bersama Republik Rakyat China-Republik Federal Brazil mengenai Memperhalusi Perkongsian Strategik Komprehensif dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here