KULAI, 21 April – Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas kepada orang ramai bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ini kerana kes jangkitan virus itu di negara ini dilihat masih dalam keadaan terkawal.

“Memang betul kes COVID-19 meningkat, tetapi ia masih dalam keadaan terkawal. 

“Kita tidak perlu panik, walaupun ada peningkatan, kita lihat seperti subvarian Omicron, mungkin ia mudah berjangkit tetapi kes itu (tahap) keterukan adalah sangat rendah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata orang ramai terutama yang mempunyai gejala adalah digalakkan untuk memakai pelitup muka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here