BEIJING, 21 April – Isteri Presiden China Xi Jinping, Profesor Peng Liyuan bertemu dengan isteri Presiden Gabon Ali Bongo Ondimba, Sylvia Bongo Ondimba di Beijing pada Rabu lalu.

Profesor Peng telah memaklumkan pencapaian China dalam usaha merawat dan mencegah penyakit AIDS, tuberkulosis (TB) dan COVID-19.

Di samping itu, beliau berkongsi pengalaman diri sebagai Duta Khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas pencegahan TB dan AIDS, di samping menzahirkan kesediaan pihak China untuk berganding tangan dengan Gabon, meningkatkan komunikasi dan kerjasama demi membawa lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara.

Sylvia Bongo Ondimba menzahirkan kesediaan untuk mempelajari pengalaman China dan meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here