BEIJING, 24 April – Timbalan Presiden Salvador, Félix Ulloa, berkata Salvador dan China komited untuk menjalin kerjasama, perpaduan dan persahabatan.

Dalam tempoh lima tahun lalu, pertukaran lawatan dan kerjasama kedua-dua pihak berkembang pesat.

Pada November 2018, kedua-dua negara menandatangani 13 buah perjanjian kerjasama termasuk memorandum persefahaman kerjasama pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pada tahun berikutnya, Presiden Salvador, Nayib Armando Bukele Ortez mengadakan lawatan ke China dan kedua-dua pihak menandatangani pelbagai perjanjian rangka kerja untuk menjalankan kerjasama substantif.

Menurut Ulloa, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pembinaan infrastruktur berjalan lancar pada masa ini.

“Selain itu, kerjasama dalam bidang rawatan air kedua-dua pihak amat membantu perkembangan industri pelancongan Salvador.

“Salvador mempunyai pantai yang indah, namun rawatan air dan pengurusan pantai antara cabaran besar yang dihadapi negaranya.

“Berpandukan perjanjian yang tercapai, China akan membantu pembinaan kilang tawaran air di Salvador dan langkah ini pasti akan mendorong perkembangan ekonomi negaranya,” katanya.

Tambah Ulloa, Salvador juga bersedia menjalankan kerjasama dengan China dalam pertukaran sosiobudaya dan pendidikan, selain turut berharap untuk menghantar mahasiswa ke China bagi meneruskan pendidikan mereka.

Untuk rekod, kerajaan Salvador penggal lalu memutuskan hubungan dengan Taiwan China dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada tahun 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here